Asyraf Wajdi titip doa buat calon SPM

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menitipkan doa kepada semua pelajar Tingkatan Lima, khususnya di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) seluruh negara yang bakal menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula Isnin ini.

Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya dan berharap semua calon diberikan kemudahan serta ketenangan sepanjang menduduki peperiksaan.

Menerusi hantaran video di media sosial hari ini, Asyraf Wajdi mendoakan supaya segala urusan calon dipermudahkan, selain dilindungi daripada perkara yang tidak baik.

“Moga diberikan kesenangan dan keselamatan. Dibuka segala pintu-pintu kebaikan, kerahmatan dan kemudahan. Ditutup segala pintu-pintu keburukan dan kesusahan.

“Sesungguhnya Engkau, ya Allah, Maha Pelindung dan Maha Penolong. Moga-moga dengan doa ini akan memberikan kita sesuatu semangat dan diberikan ketenangan kepada semua pelajar.

“Kamu sudah melakukan yang terbaik dan berusaha bersungguh-sungguh, kini serahkan selebihnya kepada Allah SWT.

“Saya doakan selamat berjaya dan semoga Allah sentiasa bersama kamu,” katanya.

Peperiksaan SPM 2026 secara keseluruhan bermula pada 26 Oktober lalu dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu, manakala peperiksaan bertulis akan bermula pada 23 November ini hingga 17 Disember nanti.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here