Gangguan elektrik 20 minit di KLIA 2  tidak boleh diterima sama sekali – Anthony Loke

MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke ternyata tidak boleh menerima sama sekali insiden gangguan elektrik selama 20 minit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 kerana ia menjejaskan imej negara.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan gateway@klia2 menyediakan laporan penuh dalam tempoh 24 jam mengenai punca insiden berkenaan.

“Saya tidak mahu mendengar alasan atau tuding-menuding. Saya mahu penyelesaian segera dan jaminan perkara ini tidak berulang,” tegasnya kepada wartawan.

Kejadian itu berlaku ketika beliau menghadiri majlis pelancaran “Tap, Travel and Discover” anjuran gateway@klia2 di terminal berkenaan.

Tegas Loke, dalam sektor pengangkutan awam, sebarang gangguan teknikal melebihi 15 minit dikategorikan sebagai gangguan besar, apatah lagi berlaku di pintu masuk utama negara.

“Seperti biasa, saya hadir (majlis) 15 minit lebih awal. Saya tiba di KLIA2 pukul 2.10 petang, program sepatutnya bermula tetapi tertangguh sehingga 2.35 petang. Saya dapati berlaku gangguan elektrik hampir 20 minit,’’ katanya.

 Beliau berkata, gangguan itu menyebabkan banyak sistem tidak berfungsi, termasuk terminal gelap dan eskalator terhenti, walaupun papan maklumat masih beroperasi.

“Perkara seperti ini memberi imej sangat buruk kepada negara. Sepatutnya sistem sokongan berfungsi, tetapi mengapa ia tidak aktif? Ini mesti dijawab,” katanya

Terdahulu, gangguan elektrik itu turut menyebabkan kesesakan di kawasan eskalator selain menjejaskan urusan jual beli di premis perniagaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img