Bekas jurulatih taekwondo mengaku tidak bersalah amang seksual kanak-kanak

SEORANG bekas jurulatih taekwondo mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual dan kontak fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan, Januari 2024.

Soufa Pinyousos, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kontak fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun sembilan bulan.

Perbuatan itu didakwa berlaku di sebuah kelab latihan taekwondo di Jalan Pengkalan Chepa, di sini, antara jam 4.30 petang hingga 6.30 petang, pada 9 Januari 2024.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 14 dan Seksyen 16 akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Arina Razali, manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Arif Mohd Zain.

Peguam tertuduh memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin dengan jumlah yang munasabah, lapor BH.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 14 Disember depan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here