Tujuh ADUN Pas berkecuali Belanjawan Selangor 2027, tindakan dipersoal netizen

TINDAKAN tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas berkecuali ketika pengundian Belanjawan Selangor 2027 mencetuskan rasa tidak puas hati orang ramai yang mempersoalkan pendirian wakil rakyat berkenaan terhadap kepentingan dan kebajikan penduduk.

Menerusi ruangan komen di media sosial Threads, rata-rata pengguna mempersoalkan keputusan itu memandangkan belanjawan negeri berkenaan turut merangkumi pelbagai peruntukan serta pakej bantuan untuk manfaat rakyat.

Tujuh ADUN terbabit mewakili kawasan Paya Jaras, Sijangkang, Sungai Ramal, Sabak, Semenyih, Ijok dan Hulu Bernam.

Seorang pengguna media sosial menyifatkan tindakan berkecuali itu sebagai sesuatu yang bercanggah dengan harapan rakyat yang memerlukan bantuan kerajaan negeri.

“Nak bantuan tapi belanjawan pun tak nak sokong… Apa sebenarnya mereka nak?” tulis seorang netizen dalam komen yang menerima 118 tanda suka.

Seorang lagi pengguna yang mendakwa menetap di Semenyih turut mempersoalkan keputusan wakil rakyat kawasan itu kerana belanjawan berkenaan membabitkan kepentingan penduduk.

“Saya dok Semenyih. Apa masalah YB Semenyih jadi pihak berkecuali ni? Belanjawan tu hak rakyat, kan?,” katanya.

Pengguna lain, @izzuan741 pula mempersoalkan alasan di sebalik keputusan berkenaan, terutama apabila belanjawan itu menyediakan pelbagai pakej bantuan dan kebajikan.

“Berkecuali ni apa mereka nak sebenarnya? Tak setuju rakyat akan dapat banyak manfaat dengan pakej-pakej bantuan dan kebajikan ke?” katanya.

Kekecewaan sama turut diluahkan pengguna @faezahsaad_ yang mengingatkan wakil rakyat supaya mengutamakan kepentingan penduduk berbanding perbezaan politik.

“Fikirkan rakyat, politik tolak tepi dulu. Kecewa betul dengan pemimpin macam ni,” katanya.

Keputusan ADUN Ijok dan Sungai Ramal turut menjadi perhatian apabila beberapa pengguna media sosial mempersoalkan tindakan wakil rakyat kawasan berkenaan yang tidak menyokong belanjawan negeri.

Malah, ada netizen secara sinis mencadangkan supaya peruntukan kepada tujuh ADUN terbabit turut dikecualikan susulan pendirian mereka dalam pengundian itu.

Sebaliknya, Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerima pujian daripada beberapa pengguna media sosial kerana menyokong Belanjawan Selangor 2027.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here