SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merakam percakapan seorang pegawai kepada seorang menteri bagi membantu siasatan berhubung kontroversi lanjutan tempoh pajakan tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).
Rakaman percakapan itu dijalankan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya selama lima jam bermula jam 10 pagi.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, pegawai berkenaan dipanggil bagi membantu melengkapkan siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
“SPRM turut akan memulakan siasatan berkaitan aspek tatakelola sekiranya terdapat keperluan berbuat demikian.
“Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara berkenaan dan memberi ruang kepada SPRM menjalankan siasatan dengan lancar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Abd Halim berkata, siasatan masih di peringkat awal dan pihaknya akan memastikan proses berkenaan dilaksanakan secara bebas, adil serta berlandaskan undang-undang.
Beliau turut menegaskan, SPRM tidak akan berkompromi dalam menjalankan siasatan berhubung isu berkenaan.





