Bekas Undang Luak Sungei Ujong akan didakwa esok

BEKAS Undang Luak Sungei Ujong, Mubarak Thahak @ Dohak dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban esok atas pertuduhan menghasut.

Berdasarkan pemakluman mahkamah, kes berkenaan akan disebut di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.

Mubarak berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 kerana didakwa menyebut perkataan menghasut di Balai Undang Luak Sungei Ujong, dalam daerah Seremban kira-kira jam 8.30 malam pada 19 April lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, lapor FMT.

Terdahulu, kerajaan Negeri Sembilan mewartakan pemecatan Mubarak daripada jawatan dan gelaran sebagai Undang Luak Sungei Ujong ke-10.

Berdasarkan dokumen rasmi bertarikh 23 Oktober lalu, pemecatan itu berkuat kuasa pada 13 Mei 2025.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here