Apa nasib Saifuddin Abdullah akan digantung atau dipecat? Adakah selepas ini Hamzah pula?

ANALISIS

SEPERTI dijangka ramai pihak, akhirnya Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah pasti akan berhadapan dengan tindakan disiplin daripada Bersatu berikutan kelantangannya meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan.

Ia berikutan Saifuddin dipanggil Lembaga Disiplin Bersatu untuk siasatan berhubung dakwaan terlibat dalam gerakan menjatuhkan Presiden Bersatu tersebut pada Khamis ini.

“Pada kira-kira jam 1.52 petang Ahad, saya telah menerima notis untuk saya menghadiri sesi perjumpaan Bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) Lembaga Disiplin pada 6 November jam 4.30 petang di Petaling Jaya.

“Oleh kerana pada tarikh itu, di sebelah malamnya saya ada program di luar Kuala Lumpur, saya minta sesi itu diawalkan dan Lembaga Disiplin bersetuju ditukar ke 2 petang,” katanya ketika dihubungi Astro Awani .

Panggilan ke atas Saifuddin oleh Lembaga Disiplin merupakan antara adegan politik yang begitu rancak Bersatu sejak beberapa minggu ini.

Pada Khamis lalu, tiga Ketua Bahagian Bersatu dipanggil Lembaga Disiplin untuk siasatan berhubung dakwaan terlibat dalam gerakan menjatuhkan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional.

Ketua Bersatu Bahagian Ipoh Timur, Mohd Fadhli Ismail yang mengesahkan perkara itu menyatakan mereka terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis; Ketua Bahagian Sepang, Datuk Mohd Suhaimi Ghazali; serta Ketua Bahagian Puchong, Mohd Shukor Mustafa.

Pada pertengahan Oktober, Lembaga Disiplin Bersatu memecat Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan menggantung keahlian Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Pada masa sama, tiga ketua bahagian Bersatu turut dipecat iaitu Azrudin Md Idris (Hang Tuah Jaya), Mohd Faizal Asmar (Pengerang) serta Mohd Isa Mohd Saidi (Ampang).

Persoalannya adakah selepas ini Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pula akan dipanggil atas dakwaan yang sama? Ahli Parlimen Larut itu sememangnya sudah dipanggil mengadap Lembaga Disiplin namun beliau tidak hadir.

Ia memandangkan ketika ini Hamzah sedang sibuk menguruskan pilihan raya negeri Sabah. Mungkin adakah tindakan akan dilakukan selepas PRN tersebut?

Bagaimana dengan 16 ahli Parlimen yang menghantar surat kepada Muhyiddin yang isi kandungannya pendirian tidak bersetuju tindakan ke atas Wan Saiful Wan Jan dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal?

 Adakah mereka juga akan dianggap mahu menjatuhkan Muhyiddin?  Hebat Bersatu! Orang lain duduk sibuk kukuhkan parti, mereka dok sibuk buat tindakan yang boleh runtuhkan parti. Eloklah tu!


 

UNDILAH

Loading poll ...

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img