Suami isteri direman kes dera anak angkat

MAHKAMAH Majistret Melaka hari ini memerintahkan sepasang suami isteri ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan kes dera anak angkat lelaki mereka berusia sembilan tahun.

Suspek masing-masing berusia 27 dan 24 tahun itu didakwa mencederakan kanak-kanak itu menggunakan pemetik api dan air panas hanya kerana mangsa menghilangkan pensil warna di sekolah dalam kejadian bulan lalu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Uthman Abd Ghani Rabu sehingga 10 November ini.

Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak.

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Difahamkan kejadian terbongkar selepas bapa saudara mangsa datang ke rumah suspek di Batu Berendam pada malam 30 Oktober lalu dan ternampak kesan melecur pada jari tangan kanan selain kesan parut lama pada kaki mangsa.

Pengadu yang tidak berpuas hati dengan tindakan adik dan adik iparnya itu bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Batu Berendam pada 2 November lalu.

Susulan laporan itu, sepasukan anggota Cawangan D11 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka menahan kedua-dua suspek semalam.

 


 

UNDILAH

Loading poll ...

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img