ZUS Coffee tampil memberi penjelasan selepas satu insiden melibatkan kakitangannya dan pelanggan tular di media sosial.
ZUS dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan kakitangan terbabit sedang berehat.
“Zurista kami kini sedang berehat dan memulihkan diri daripada insiden tersebut. Kami berharap semua pihak dapat memberi ruang dan masa, sementara kami meneliti perkara ini dengan penuh perhatian,” kata kenyataan itu.
ZUS berkata, pihaknya telah mengambil langkah yang sewajarnya bagi menjalankan siasatan menyeluruh dan sentiasa berada di sisi Zurista mereka.
Mereka turut menggesa semua pihak untuk menghormati privasi pihak yang terlibat dan mengelakkan diri daripada berkongsi atau menyiarkan semula video yang menunjukkan individu terlibat tanpa kebenaran.
“Elak diri daripada menyebarkan kenyataan palsu bagi memastikan proses siasatan dijalankan secara telus dan adil.
”Di ZUS, kami tidak bertolak ansur dengan sebarang sikap atau perilaku yang tidak menghormati komuniti kami dan kami akan terus komited bagi mewujudkan persekitaran yang selamat untuk semua,” kata kenyataan itu


