Cemburu teman wanita bersama lelaki lain, lima lelaki bergaduh…dua cedera parah

POLIS menahan lima lelaki yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan sehingga mengakibatkan dua individu parah di hadapan sebuah kelab malam di Jalan Radin Tengah, Sri Petaling di ibu negara awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, kesemua lima lelaki yang ditahan berusia antara 17 hingga 20 tahun dipercayai menyerang dua mangsa lelaki dengan objek tajam dan batang besi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 3.40 pagi dan sepasukan anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada rasa cemburu dan tidak puas hati terhadap teman wanita yang kini bersama lelaki lain.

“Akibat kejadian itu, mangsa pertama mengalami kecederaan di tangan kanan, belakang badan dan kaki kanan, manakala mangsa kedua cedera di kepala akibat dipukul dengan objek tajam.

“Kedua-dua mereka (mangsa) kini berada dalam keadaan stabil dan dirawat di Zon Kuning Hospital Ampang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan kejadian itu katanya, polis menahan kelima-lima lelaki terbabit termasuk suspek utama dan merampas batang besi yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan itu.

Semakan rekod juga mendapati seorang daripada suspek mempunyai dua rekod jenayah kekerasan di bawah Seksyen 323 dan 324 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 dan 148 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata berbahaya dan memiliki senjata maut dalam rusuhan, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda atau sebatan.

Chang Hook memberitahu, polis sedang mengesan beberapa lagi suspek yang melarikan diri dan meminta orang ramai menyalurkan maklumat melalui Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kontinjen Kuala Lumpur di 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img