Abdul Hadi nafi guna kedudukan Presiden campur tangan keputusan PN

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau menggunakan kedudukan sebagai Presiden parti itu untuk mencampuri keputusan dibuat Perikatan Nasional (PN).

Ahli Parlimen Marang itu sebaliknya menegaskan, Pas mengamalkan prinsip demokrasi dengan memberi ruang kepada pimpinan dan ahlinya mengemukakan pandangan secara terbuka sebelum sesuatu keputusan dibuat.

“Itu tidak betul. Keputusan kita secara musyawarah dan mesyuarat, selain mengamalkan demokrasi serta mesyuarat terbuka.

“Dalam Pas ini mungkin berbeza sedikit. Sesetengah parti itu semua ‘yes’ dengan pemimpinnya, namun kita boleh memberi pandangan dan terbuka,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan Pas kali ke-72 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK) di Pengkalan Chepa, Kota Bharu hari ini, lapor BH.

Media sebelum ini melaporkan, pemimpin Bersatu mendakwa bahawa Pas kini menggunakan dua set peraturan dalam mengurus dan mengendalikan kepemimpinan PN ketika mendepani sesuatu isu berbangkit dalam kalangan parti komponennya.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dilaporkan berkata, menerusi pendekatan itu, Pas seolah-olah mempunyai dua set ‘hukum’ iaitu satu untuk Pas manakala satu lagi untuk pihak lain dalam gabungan itu.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here