Adakah parti  berpecah, tidak bersatu boleh diberi kepercayaan pimpin negara?’’ – Ketua Pemuda DAP sindir Bersatu

Seperti diduga, perpecahan dalam Bersatu mula menjadi ‘peluru ampuh’ kepada parti lawan untuk menyerang parti gabungan Perikatan Nasional (PN)

Dalam reaksinya, Ketua Pemuda DAP, Woo Kah Leong menyifatkan Bersatu sebagai “parti berpecah” susulan perebutan dalaman untuk menentukan calon perdana menteri dalam kalangan pemimpin PN

Dalam satu kenyataan, Woo berkata himpunan “Turun PMX” yang dianjurkan pada Julai lalu bukan bertujuan menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi sebenarnya mencerminkan konflik dalaman Bersatu sendiri.

“Rupa-rupanya tujuan himpunan Turun PMX adalah demi menurunkan pimpinan Bersatu sendiri. Adakah parti sebegini yang berpecah dan tidak bersatu boleh diberikan kepercayaan untuk memimpin negara? “ soalnya.

 Bersatu hari ini memecat Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, dan menggantung keahlian Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang) selama satu penggal. – satu tindakan yang dianggap boleh memecah belah parti tersebut.

Mengulas lanjut, Woo turut menyindir Bersatu yang sedang bergelut dengan perpecahan dalaman dan berkata PN tidak sepatutnya diberi kepercayaan untuk memimpin negara.

“Adakah parti sebegini yang berpecah dan tidak bersatu boleh diberikan kepercayaan untuk memimpin negara?

“Jangan harapkan parti sebegini untuk memberikan bantuan RM500,” katanya merujuk kepada kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang berjanji sekiranya menjadi kerajaan, PN akan memperkenalkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sehingga RM6,000 setahun kepada isi rumah yang memerlukan.

Malah kata pemimpin DAP itu, bantuan tunai sering digunakan sebagai bahan politik oleh PN.

Dalam nada sinis, Woo turut menasihatkan MCA dan MIC supaya “menarik brek tangan” daripada terus menghampiri PN, sambil menyindir bahawa kedua-dua parti itu kini hanya berlindung dalam kerajaan demi jawatan dan pangkat.

“Kepada MCA dan MIC yang sedang menanti-nantikan perkahwinan mereka dengan PN, bolehlah menarik brek tangan dahulu.

“Teruslah berselindung dalam kerangka kerajaan kini demi jawatan dan pangkat. Tapi jangan menangis pula apabila tak dapat mainan,” katanya lagi.


 

UNDILAH

[forminator_poll id=”4496″]

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img