Amirudin diberi mandat penuh tentukan strategi pilihan raya PKR – Anwar

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi mandat penuh kepada Naib Presidennya, Datuk Seri Amirudin Shari untuk menentukan gerak kerja dan strategi pilihan raya parti itu bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Beliau yang juga Perdana Menteri berkata, parti itu tidak boleh lagi mempunyai sistem alternatif atau saluran arahan berbeza dalam menguruskan jentera pilihan raya, sebaliknya perlu bergerak menerusi satu sistem dan kepimpinan jelas.

Menurutnya, penyelarasan dari pejabat Presiden pula akan dibantu Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang juga ahli Biro Politik PKR.

“Backupnya di pejabat saya untuk memastikan ada penyelarasan yang sangat baik, saya beri mandat penuh kepada Tengku Zafrul untuk menyelaraskan di pihak saya dan sekretariat,” kata Presiden PKR itu ketika berucap pada penggulungan Kongres Nasional PKR 2026 di Ayer Keroh, Melaka hari ini.

Menurut Anwar, keputusan itu dibuat bagi memastikan kekuatan parti dapat digembleng secara tersusun, selain memberi ruang kepada barisan kepimpinan baharu memainkan peranan dalam menghadapi pilihan raya.

Beliau dalam pada itu turut menyentuh kedudukan anaknya, Nurul Izzah yang tidak lagi menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden PKR buat sementara waktu.

“Bagi Nurul Izzah, ini pidato terakhir beliau selaku Timbalan Presiden untuk kali ini. Tahun depan saya tidak tahu.

“Kalau dia nukilkan fahaman Marcus Aurelius, maka selamat Nurul Izzah. Maknanya, dia hanya cuti sementara dan kita akan rangkul semula,” katanya.

Beliau turut mengumumkan Naib Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan menjalankan tugas Timbalan Presiden secara sementara bagi mengisi kekosongan itu.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here