Anggota polis cedera ketika tahan lelaki warga emas mengamuk

SEORANG anggota polis cedera di kepala ketika menjalankan tugas menahan seorang lelaki warga emas yang mengamuk di sebuah rumah di Sungai Panjang, Sungai Besar, semalam.

Anggota berusia 30-an dari Unit Peronda Polis (MPV), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md Yusof Ahmad berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 12.09 tengah hari.

Beliau berkata, anggota MPV berkenaan digerakkan ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan sebelum mengambil tindakan menahan suspek.

“Bagaimanapun, anggota polis mengalami kecederaan ketika menjalankan tugas.

“Anggota itu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Buletin TV3.

Mengulas lanjut, Md Yusof berkata, suspek yang juga penganggur berjaya ditahan dan dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan serta penilaian perubatan.

“Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau jenayah atau dadah.

“Susulan itu, lelaki warga emas berkenaan direman selama empat hari bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here