Anggota tentera didakwa miliki pistol, peluru

SEORANG anggota tentera berusia lingkungan 30-an yang ditahan bersama sepucuk pistol, puluhan butir peluru dan cecair disyaki ketum di Kem Askar Sungai Besi, Kuala Lumpur, pada 29 September lalu, didakwa di Mahkamah Jalan Duta, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pertuduhan terhadap suspek dibuat selepas kertas siasatan ditaklimatkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

“Suspek didakwa mengikut Seksyen 8 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960,” katanya dalam kenyataan, hariini.

Bagaimanapun, beliau berkata, siasatan berhubung pemilikan serta sumber pistol dan peluru yang dirampas masih diteruskan.

Sebelum ini, suspek ditahan sepasukan anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, kira-kira jam 12.42 tengah malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Lim Chun How sebelum ini berkata, polis turut merampas sepucuk pistol, puluhan butir peluru serta cecair disyaki ketum dalam tangkapan itu.

Semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau, membabitkan dua kes berkaitan dadah dan satu kes jenayah.

Suspek sebelum ini direman selama lima hari sehingga 3 Oktober sebelum tempoh reman dilanjutkan sehingga 8 Oktober bagi membantu siasatan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here