Anthony Loke tidak kisah berdepan Albert Tei, pesan tukar alamat terlebih dahulu

SETIAUSAHA Agung DAP, Anthony Loke tidak kisah sesiapa pun yang mahu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos depan.

Menteri Pengangkutan itu berkata demikian selepas media hari ini melaporkan ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei sedang mempertimbangkan tawaran untuk bertanding menentang Anthony yang menjadi wakil rakyat di DUN itu sejak 2013.

“Saya punya fokus adalah kepada kerja saya, kepada rakyat dan pengundi Chennah yang telah saya wakili selama tiga penggal. Jadi siapa-siapa nak bertanding, silakan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Anthony dijangka akan mempertahankan DUN Chennah pada PRN Negeri Sembilan 1 Ogos ini. Beliau mula bertanding di DUN itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan menang dengan majoriti 1,098 undi selepas memperoleh 5,128, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN).

Pada PRN Negeri Sembilan 2023, Anthony sekali lagi berjaya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 2,200 undi apabila memperoleh 5,888, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN).

Sementara itu, Anthony berpesan kepada Albert supaya menukar alamat terlebih dahulu ke Negeri Sembilan sekiranya mahu bertanding dalam PRN.

“Kalau bukan alamat di Negeri Sembilan, dia tak boleh bertanding,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img