Anwar minta rakyat tegur kesilapannya tapi jangan hina Kerajaan MADANI

DATUK Seri Anwar Ibrahim meminta orang ramai terus menegur dan menasihatinya sekiranya beliau melakukan kesilapan, namun mengingatkan supaya tidak menghina atau mendakwa Kerajaan MADANI pimpinannya tidak melakukan apa-apa sepanjang mentadbir negara.

Perdana Menteri berkata, beliau sentiasa terbuka menerima teguran dan mengakui setiap pentadbiran mempunyai kelemahan yang perlu diperbaiki.

DATUK Seri Anwar Ibrahim (duduk tengah) bersama jemputan pada Program Kuala Pilah Berselawat dan Munajat Perdana Negeri Sembilan di Dataran Melang, Kuala Pilah malam tadi

“Tegurlah saya, nasihatlah saya, tapi jangan hina sehingga mengatakan kita tidak buat apa-apa. Umur saya sudah lanjut, tua dan saya bersyukur Alhamdulillah kerana masih sihat serta diberi ruang untuk berkhidmat sedaya upaya.

“Kalau ada kelemahan yang semestinya ada, berilah teguran,” katanya ketika berucap pada Program Kuala Pilah Berselawat dan Munajat Perdana Negeri Sembilan di Dataran Melang, Kuala Pilah malam tadi.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, kerajaan juga perlu diberi kesempatan dan ruang untuk membetulkan kecuaian serta kelemahan yang berlaku sebelum ini.

Beliau berkata, Kerajaan MADANI komited memperbaiki segala kelemahan, khususnya dalam mengangkat martabat orang Melayu yang memerlukan pembelaan, selain memartabatkan Islam melalui amal dan tindakan.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan terus berusaha mengurangkan beban rakyat yang berdepan tekanan ekonomi ketika ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan mengambil contoh penurunan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter, walaupun kerajaan menanggung subsidi kira-kira RM40 bilion setahun.

“Jadi, tiap kali isi minyak ingat bahawa kerajaan terpaksa tampung, tak mahu bebankan rakyat… kos barang import tinggi dan kos sara hidup tinggi. Sedaya upaya saya, kerajaan kita turunkan dan kurangkan beban dalam keadaan sekarang,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img