Kerajaan tiada halangan siasat RCI Tabung Haji di luar tempoh 2014-2020 – PM

DATUK Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, siasatan berkaitan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terbatas kepada tempoh ditetapkan, sebaliknya melangkaui sebelum dan selepas waktu laporan berkenaan.

Perdana Menteri berkata, tiada halangan untuk pihak berkuasa menjalankan siasatan melangkaui tempoh yang menjadi fokus RCI berkenaan.

“Memang sekarang ini semua tindakan itu dan kajian (siasatan), semua melangkaui RCI. RCI itu sebagai induk dia.

“Tak ada halangan kaji (siasat) sebelum dan selepas (masa laporan RCI) dan ini yang dilakukan oleh badan penguatkuasaan dan penyiasatan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Sesi Libat Urus Belanjawan 2027 di Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

Kerajaan sebelum ini digesa melanjutkan siasatan RCI berkaitan TH untuk 2021 hingga 2026 dan bukannya setakat 2014 hingga 2020.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan dilaporkan berkata, penjualan dan pembelian aset TH turut berlaku pada 2021 hingga 2026 dan bukannya pada 2014 dan 2020.

Beliau juga dilaporkan berkata, UMNO menyokong jika RCI TH dilanjutkan bermula 2021 hingga tahun ini.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here