PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan RM200,000 kepada Madrasah Ar-Rahmaniah Ad-Diniah, Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas, Kelantan hari ini.
Sumbangan menerusi Projek Penyelenggaraan dan Baik Pulih Institusi Pendidikan Islam Negeri Kelantan 2026 itu diserahkan dalam bentuk cek cura kepada Pengerusi Madrasah berkenaan, Profesor Datuk Dr Luqman Abdullah.
Anwar turut meluangkan masa kira-kira 30 minit berkunjung ke kediaman Luqman sebelum menunaikan solat Maghrib bersama lebih 100 penduduk sekitar kampung berkenaan.
Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Madrasah Ar-Rahmaniah Ad-Diniah Pondok Lubuk Tapah diasaskan pada tahun 1931.





