Fahmi ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Wan Badariah

MENTERI Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad yang meninggal dunia hari ini.

Beliau menyampaikan ucapan itu menerusi hantaran di Facebook miliknya hari ini, selain mendoakan agar Allah SWT mengampuni dosa Allahyarhamah, merahmati rohnya serta menempatkannya dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

“Takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah serta sahabat dan rakan seperjuangan beliau,” katanya dalam hantaran tersebut.

Terdahulu, Wan Badariah meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada jam 4.26 petang.

Allahyarhamah memenangi kerusi DUN Mata Ayer atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan majoriti 2,021 undi.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here