Arab Saudi bantah menteri Israel paling jahat lakukan provokasi di Masjid Al-Aqsa

Menteri Keselamatan Nasional Israel dari sayap kanan ekstremis, Itamar Ben-Gvir terus melakukan provokasi ke atas umat Islam  apabila mengetuai sekumpulan peneroka haram menceroboh perkarangan Masjid Al-Aqsa pada hari ini  dengan perlindungan daripada polis Israel.

Menurut agensi berita rasmi Palestin, Wafa,  tindakan Ben-Gvir yang dianggap menteri Israel paling jahat menimbulkan kemarahan Arab Saudi apabila Kementerian Luar negara itu mengecam pencerobohan tersebut.

Dalam satu kenyataan rasmi, kementerian berkenaan mengulangi kecaman paling keras Arab Saudi terhadap serangan berterusan yang mencemari kesucian Masjid Al-Aqsa.

Arab Saudi menegaskan penolakan secara mutlak terhadap sebarang tindakan yang menjejaskan status sejarah dan undang-undang Baitulmaqdis serta tempat-tempat suci di dalamnya.

Kerajaan Arab Saudi turut menggesa masyarakat antarabangsa untuk memikul tanggungjawab dan mempertanggungjawabkan pihak berkuasa Israel atas pelanggaran serius dan berterusan terhadap tempat-tempat suci Islam serta penduduk awam yang tidak bersalah di wilayah Palestin.

Peneroka haram  tersebut, yang diketuai oleh Ben-Gvir, memasuki kawasan masjid, melakukan lawatan provokatif dan melaksanakan ritual Talmud bersempena hari kedua sambutan perayaan Yahudi Sukkot. Pihak berkuasa Israel turut mengenakan langkah keselamatan yang ketat di sekitar kawasan Masjid Al-Aqsa dan pintu-pintunya, dengan menempatkan ramai anggota polis dan pasukan keselamatan untuk melindungi pencerobohan itu.

Menurut Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis, 1,300 peneroka haram Israel menceroboh masuk ke kawasan Masjid Al-Aqsa pada pagi Rabu. Ini berlaku hanya sehari selepas lebih 500 peneroka haram melakukan pencerobohan yang sama semalam.

Insiden pencerobohan ke atas Masjid Al-Aqsa semakin meningkat sejak Israel melancarkan perang genosid di Semenanjung Gaza pada Oktober 2023, serta serangan ketenteraan yang berterusan di Tebing Barat yang diduduki.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img