Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Jalan Templer

SEORANG penunggang motosikal maut dipercayai akibat dihempap pokok tumbang di Jalan Templer, Rawang petang ini.

Mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan dari arah Rawang menuju ke Selayang ketika kejadian berlaku.

Insiden itu turut mengakibatkan sebuah lori mengalami kerosakan teruk selepas dihempap pokok sama berdasarkan rakaman video kejadian yang tular dalam media sosial.

Bagaimanapun, keadaan pemandu lori berkenaan masih belum diketahui setakat ini.

Kejadian itu menyebabkan laluan berkenaan terhalang, sekali gus mengakibatkan kesesakan lalu lintas di kedua-dua arah.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor kini menjalankan operasi menyelamat serta kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here