KERAJAAN Arab Saudi mengumumkan anak bulan bagi menandakan permulaan Ramadan telah kelihatan di Arab Saudi, sekali gus mengesahkan bahawa bulan suci itu akan bermula hari ini (Rabu).
Pengumuman tersebut dibuat susulan laporan daripada jawatankuasa rukyah yang diberi kuasa di seluruh negara, selaras dengan tradisi Islam.
Dengan pengesahan itu, umat Islam di seluruh Arab Saudi akan mula berpuasa pada waktu fajar hari Rabu, menunaikan ibadah pada bulan kesembilan dalam kalendar Hijrah dengan memperbanyakkan solat, muhasabah diri dan amalan kebajikan.
Ramadan merupakan tempoh ibadah yang ditandai dengan puasa harian dari terbit fajar hingga terbenam matahari, peningkatan amalan ibadah serta pengukuhan hubungan komuniti.
Masjid-masjid di seluruh negara itu sedang membuat persiapan untuk menerima jemaah bagi solat Tarawih, manakala pihak berkuasa telah memuktamadkan segala pengaturan bagi memastikan kelancaran perkhidmatan sepanjang bulan suci ini.
Entiti kerajaan dan institusi swasta juga dijangka melaksanakan waktu bekerja yang disesuaikan selaras dengan jadual Ramadan.


