Banjir dan Shah Alam…berpisah tiada

CORETAN PILIHAN

Oleh Dr.Mohamad Khir Toyo

SHAH Alam adalah kawasan lembah kepada kawasan sekitarnya atau dengan kata lain Shah Alam adalah kawasan rendah dibandingkan sekitarnya seperti Sungai Buloh, Rawang dan Petaling Jaya.

Banjir besar akan berlaku bila mana hujan dan waktu yang sama air laut pasang besar. Paras air di laut lebih tinggi dari paras air di sungai, menyebabkan air hujan yang memenuhi sungai tidak ada jalan keluar, air ini akan terkumpul dan bertakung di kawasan rendah iaitu Shah Alam.

Dr.Mohamad Khir Toyo

Pembangunan pesat di Kuala Selangor , Sungai Buloh, Rawang dan Petaling Jaya, menyababkan air mengalir ke kawasan rendah seperti di Shah Alam terutama kawasan rendah seperti Kampung Melayu Subang , kawasan Batu Tiga dan Sri muda.

Selagi kerajaan tidak menyediakan outlet untuk air hujan ini keluar seperti kolam takungan air, lebih baik sungai takungan air yang boleh menyimpan beratus juta liter air, sementara menunggu air laut surut , Shah Alam akan menerima padah banjir besar walaupun di Shah Alam tidak ada hujan lebat.

Saya telah merancang projek tebaran banjir dgn membina satu terusan sepanjang 18 kilometer menghubungkan dua sungai , iaitu Sungai Klang dengan Sungai Langat, ada dua tasik lombong sedia ada  satu di Shah Alam dan satu lagi di Kuala Langat sebagai peimbang paras air, jika paras air di laut surut, air yang terkumpul akan mengalir ke laut.

Di samping itu , di kawasan sekitar terusan itu kita bina kawasan kediaman berkonsep rumah yang di kelilingi oleh sungai atau terusan kecil, projek ini diberi nama projek tebatan banjir Canal City.

Kajian terperinci telah dibuat dan ia mampu menampung jumlah beratus ribu liter air dan boleh mengelakkan Shah Alam dari banjir besar untuk tempoh seratus tahun. Malangnya ia telah dibatalkan oleh Kerajaan PKR (Pakatan Rakyat).  Lebih malang lagi tanahnya telah dijual kepada pihak pemaju .

Selagi kerajaan tidak menyediakan jalan keluar air selain sungai sedia ada , Shah Alam akan banjir dan kekerapannya akan bertambah di masa hadapan.

Penduduk Shah Alam mulalah fikir bagaimana untuk mendapat faedah dari banjir ini kerana Kerajaan Negeri, Kerajaan MADANI ini tidak ambil pusing pun untuk selesai masalah ini. Dengar guruh di langit air setempayan di curah jangan, Shah Alam dan banjir berpisah tiada.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here