Bantuan Awal Persekolahan RM150 sekali beri kepada pelajar tahun 1 hingga tingkat 6

*Sekolah Agama Rakyat, Maahad Tahfiz daif terima bantuan RM200 juta

SEBANYAK  RM800 juta peruntukan disediakan untuk Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang disalurkan secara sekali beri berjumlah RM150 kepada semua pelajar Tahun Satu hingga Tingkatan Enam pada tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, berkata ibu bapa perlu hadir ke sekolah untuk menerima bantuan itu.

“Ibu bapa harus pergi ke sekolah sebab ibu bapa perlu pastikan wang itu dibelanja untuk anaknya, dan mereka kena dengar daripada guru masalah anak. Hendak wakilkan (kepada anak) tidak boleh sebab kita syaratkan dia (ibu bapa) harus ke sekolah kerana perbelanjaan ini tinggi… RM800 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2026 di Perhimpunan Bulanan di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya hari ini.

Sementara itu beliau turut mengumumkan sekolah agama rakyat (SAR) dan maahad tahfiz daif di seluruh negara akan menerima bantuan melalui dana segera berjumlah RM200 juta.

Perdana Menteri berkata, ia bagi membolehkan murid yang bukan berada di bawah sistem pendidikan kebangsaan turut menikmati kemudahan sama dengan sekolah kerajaan.

Anwar berkata, Kerajaan MADANI menerima laporan SAR berada dalam keadaan paling daif berbanding semua sekolah di negara ini.

“Walaupun ia tidak termasuk dalam skim sekolah mengikut dasar pelajaran kebangsaan, lebih 300,000 pelajar berada di sekolah agama rakyat ini. Bantuan (kepada SAR) dibatalkan oleh Perdana Menteri dahulu, ini sebenarnya mendera anak-anak kita.

“Kita sediakan dana untuk memperbaiki kemudahan sekolah ini mencecah ribuan ringgit, kita sediakan (dana) sekolah agama rakyat dan maahad tahfiz sebanyak RM200 juta peruntukan segera,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img