Bayi lima bulan cedera kemalangan dua kenderaan

SEORANG bayi lelaki berusia lima bulan cedera di bahagian muka selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pelbagai guna (MPV) dan pacuan empat roda di Taman Universiti Indah di Seri Kembangan malam ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 9.44 malam.

Katanya, kemalangan itu membabitkan sebuah Toyota Alphard dan Toyota Hilux.

“Terdapat tiga mangsa dalam Toyota Hilux iaitu pemandu lelaki berusia 26 tahun dan penumpang wanita Melayu berusia 22 tahun yang masing-masing mengalami kecederaan ringan.

“Seorang bayi lelaki berusia lima bulan yang turut berada dalam kenderaan itu pula mengalami kecederaan di bahagian muka,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, wanita bersama bayi berkenaan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, operasi itu membabitkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img