Unit apartmen tingkat lima terbakar di Seri Kembangan

SEBUAH unit rumah tingkat lima di Apartmen Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan mengalami kerosakan teruk selepas terbakar dalam kejadian tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.12 tengah hari.

Menurut beliau, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian sebelum operasi pemadaman segera dijalankan.

“Operasi turut dibantu anggota dari BBP Cyberjaya.

“Siasatan awal mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah apartmen lima tingkat dengan keluasan kira-kira 20 x 70 kaki persegi di tingkat lima dan terbakar sekitar 80 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 12.37 tengah hari sebelum dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.05 petang.

Katanya, seramai 15 anggota terbabit dalam operasi itu dengan penggunaan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan sebuah Water Tanker (WT).

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img