Bekas Emir Qatar mangkat, PM ucap takziah

PERDANA  Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah di atas kemangkatan bekas Emir Qatar, Almarhum Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata sepanjang 18 tahun pemerintahan sebagai Emir, baginda berjaya mentransformasi Qatar menjadi sebuah negara yang berpengaruh di peringkat global.

“Di bawah kepimpinannya, Qatar mencapai kemajuan ekonomi yang luar biasa dan muncul sebagai suara yang berpengaruh dalam hal ehwal serantau serta antarabangsa. Keputusan Baginda pada 2013 untuk menyerahkan tampuk kepimpinan negara kepada generasi baharu merupakan satu tindakan negarawan yang amat jarang disaksikan. Baginda merupakan sahabat Malaysia dan tokoh yang amat dihormati di seluruh dunia Islam,” katanya.

Perdana Menteri turut mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum serta mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada Keluarga Diraja Qatar dan seluruh rakyat negara itu dalam menghadapi saat yang dukacita.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img