Bekas Ketua Bersekutu Bersatu Johor cedera tertembak diri sendiri

BEKAS Ketua Bersekutu Bersatu Johor, Datuk Tan Lek Khang dilaporkan cedera selepas dipercayai tertembak diri sendiri, petang tadi.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku ketika beliau menyertai sesi latihan menembak di sebuah pusat latihan menembak di Kota Tinggi.

Katanya, dipercayai beliau terkena tembakan di bahagian dada.

Difahamkan, beliau terus dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk menerima rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman ketika dihubungi berkata, pengesahan kes hanya akan dibuat sehingga kenyataan media dikeluarkan.

Pada 13 Februari lalu, Lek Khang mengumumkan peletakan jawatan serta keluar daripada Bersatu berkuat kuasa serta-merta susulan sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, Lek Khang menjadi calon mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekok, namun tewas kepada Barisan Nasional (BN).

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img