Bekas Menteri Pendidikan Indonesia, Nadiem Makarim dikenakan hukuman penjara 10 tahun

BEKAS Menteri Pendidikan Indonesia dan pengasas syarikat teknologi Gojek, Nadiem Makarim telah didapati bersalah atas tuduhan rasuah oleh sebuah mahkamah di Jakarta pada Selasa.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Nadiem, 41, berhubung kes berkaitan perolehan komputer riba Chromebook dalam satu kontrak kerajaan yang menjadi tumpuan siasatan pihak berkuasa.

Menurut laporan Reuters, beliau yang juga pengasas bersama platform e-hailing Gojek sebelum ini menafikan semua tuduhan dan mendakwa kes tersebut bermotifkan politik.

Dakwaan itu turut disokong oleh beberapa ahli akademik serta aktivis hak asasi di negara berkenaan.

Kes ini dilihat memberi kesan terhadap keyakinan pelabur terhadap Indonesia, dengan laporan menyebut nilai mata wang rupiah dan pasaran saham turut terkesan susulan kebimbangan terhadap tadbir urus dan ketidaktentuan dasar.

Nadiem sebelum ini dilantik sebagai Menteri Pendidikan Indonesia dan dikenali sebagai tokoh penting dalam sektor teknologi negara itu selepas kejayaan membangunkan Gojek, salah satu syarikat teknologi terbesar di Asia Tenggara.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img