BERSAMA akan bertanding di semua kerusi PH,BN,PN

‘’Tiada kompromi’ mungkin itulah mesej yang mahu disampaikan oleh  Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) apabila pemimpin Nik Azmin Nik Ahmad menegaskan, mereka akan bertanding di kerusi Pakatan Harapan, Barisan Nasional, dan Perikatan Nasional.

Apa yang lebih menarik Nik Nazmi turut mengumumkan Bersama tidak akan menyertai PH, BN atau PN, kerana ingin pastikan alternatif untuk pengundi.

“Kami umumkan Bersama nak ubah lanskap politik, akhiri dominasi politik lama dan tolak kompromi semata-mata untuk kuasa,” katanya di platform X.

Pada Ahad lalu Nik Nazmi dan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan mereka mengambilalih BERSAMA dan sekaligus meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Setiawangsa dan Pandan.

Keputusan BERSAMA itu sudah tentunya menarik perhatian memandangkan Rafizi dikatakan mampu menarik undi milik PH dengan sokongan penyokong PKR dan DAP.

Walaupun ada penganalisis menganggap tindakan Rafizi dan Nik Nazmi lebih memperjuangkan agenda peribadi namun laporan di lapangan menunjukkan senario berbeza.

Ia memandangkan terdapat pemimpin dan ahli PKR yang sudah menyatakan sokongan kepada Rafizi dan Nik Nazmi sama ada secara terbuka atau secara senyap.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img