Bersatu pecat Timbalan Speaker DUN Kelantan dan Exco Armada, gantung Ahli Parlimen Mersing

BERSATU hari ini memecat dua lagi pimpinan parti itu iaitu Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN)  Kelantan, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi dan Exco Armada Bersatu, Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsuddin berkuat kuasa serta merta.

Mohamed Farid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas menjadi Timbalan Speaker DUN yang kedua dipecat oleh Bersatu dalam tempoh seminggu.

Pada Rabu Timbalan Speaker DUN Kedah, Abdul Razak Khamis dipecat keahliannya bersama sembilan lagi pemimpin dan wakil rakyat Bersatu kerana melanggar Perlembagaan parti.

Selain pemecatan Mohamed Farid dan Wan Meor Safwan, Bersatu turut menggantung keahlian parti Ahli Parlimen Mersing, Muhammad Islahuddin Abas bagi tempoh dua penggal pemilihan berkuat kuasa hari ini.

Menerusi notis berasingan yang dikeluarkan Pengerusi Lembaga Disiplin parti itu, Datuk Mohd Radzi Manan, Bersatu memaklumkan pemecatan dua pemimpin itu dibuat mengikut Fasal 22.5 dan berkuat kuasa serta merta.

“Notis ini berkuat kuasa serta-merta. Bagaimanapun, pihak tuan boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis ini,” menurut notis yang dikeluarkan secara berasingan kepada ketiga-tiga mereka hari ini.

Menurut Mohd Radzi, ketiga-tiga mereka dikenakan tindakan setelah didapati melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan dan Kod Etika dan Tatakel Kkuan Ahli.

Katanya, tindakan penggantungan  ke atas Muhammad Islahuddin menyebabkan beliau  secara langsung dilucutkan segala jawatan yang dipegang dan tidak boleh membuat sebarang kenyataan atas nama parti sehingga tamat tempoh penggantungan.

“Kesemua YB boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis ini,” menurut notis itu.

Dalam tindakan pada Rabu lalu itu Lembaga Disiplin Bersatu mengeluarkan notis pemecatan terhadap Abdul Razak yang juga ADUN Sungai Tiang dan ADUN Suka Menanti, Dzowahir Ab Ghani daripada parti itu berkuat kuasa serta merta.

Tujuh lagi digantung keahlian selama dua penggal melibatkan lima Ahli Parlimen, masing-masing seorang dari Perak, Terengganu dan Pahang serta dua dari Kelantan, selain dua ADUN dari Perak.

Ahli Parlimen yang dikenakan tindakan ialah Nordin Ahmad Ismail (Lumut); Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu); Abdul Khalib Abdullah (Rompin);  Datuk Khlir Mohd Nor (Ketereh) dan  Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah)

Dua ADUN pula ialah Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zain (Chenderoh) dan Ahmad Man (Kuala Sepetang)

Selain Dzowahir dan Abdul Razak, seorang lagi yang dipecat ialah Naib Ketua Armada Nasional, Muhammad Faiz Rahmad.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img