Program DLE lahirkan 126 lagi pemimpin digital Malaysia merentasi sektor

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (Huawei Malaysia) meraikan 126 graduan kohort kedua dan ketiga program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE), sekali gus memperkukuh kapasiti kepimpinan digital negara merentasi sektor kerajaan, akademia dan industri.

Pengarah Urusan MCMC, Abdul Karim Fakir Ali berkata, program itu dilancarkan pada Mac 2024 sebagai inisiatif tiga tahun susulan cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sidang Kemuncak ICT Malaysia 2023 bagi memperkukuh kepimpinan digital negara.

TAN Sri Mohamad Salim Fateh Din (duduk dua dari kiri) dan Simon Sun (duduk dua dari kanan) bergambar bersama sebahagian daripada graduan perniagaan digital pada Majlis Konvokesyen Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE) di Kuala Lumpur hari ini. GAMBAR: Ahmad Amirul Fahmi Ahmad Pauzi

“Program ini bertujuan merapatkan jurang kepimpinan digital dan mempersiapkan peserta untuk menerajui transformasi Malaysia dalam bidang utama seperti rangkaian 5G, kecerdasan buatan (AI), Internet Pelbagai Benda (IoT), pengkomputeran awan, data raya, teknologi hijau dan keselamatan siber.

“Penyertaan 126 pemimpin yang menamatkan kohort kedua dan ketiga membuktikan peningkatan kapasiti kepimpinan digital negara serta kerelevanan program ini,” katanya pada majlis graduasi program DLE di ibu negara hari ini.

Majlis disempurnakan Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia, Simon Sun dan Timbalan Pengerusi Huawei Asia Pacific Enterprise Sales Department, Zac Chow.

Abdul Karim berkata, peserta program turut didedahkan dengan pengalaman latihan dan lawatan industri ke pusat penyelidikan dan pembangunan Huawei di China bagi memahami amalan terbaik serta inovasi teknologi global.

Selain itu katanya, peserta turut menghasilkan projek ‘capstone‘ yang memfokuskan isu nasional seperti pendidikan, penjagaan kesihatan, pembangunan bakat, keselamatan kewangan, pertanian dan keterangkuman sosial.

“Laporan capstone boleh menjadi rujukan penting kepada pembuat dasar dan pemain industri selain membantu memperkukuh perkongsian pengetahuan serta kerjasama rentas sektor,” katanya.

Abdul Karim berkata, program berkenaan menyasarkan melahirkan 300 pemimpin digital menjelang 2026 dengan melengkapkan peserta menerusi kepakaran teknikal dan keupayaan kepimpinan bagi menyokong kelangsungan transformasi digital negara.

“Program ini bertujuan melahirkan pemimpin digital yang mampu memacu ekonomi digital yang mampan dan inklusif selaras aspirasi negara,” katanya.

Sementara itu, Sun berkata, transformasi digital tidak hanya bergantung kepada teknologi semata-mata, sebaliknya memerlukan kepimpinan yang mampu memanfaatkan teknologi untuk menyelesaikan masalah sebenar dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Program DLE diwujudkan untuk melahirkan pemimpin yang mampu memahami dan memanfaatkan teknologi baharu demi memperkukuh organisasi serta institusi masing-masing.

“Melalui lawatan industri di China, peserta dapat melihat sendiri pelaksanaan transformasi digital selain memperluaskan pemahaman terhadap teknologi seperti AI, pengkomputeran awan, analitik data, teknologi hijau dan keselamatan siber,” katanya.

Beliau berkata, Huawei Malaysia yang kini memasuki tahun ke-25 operasi di negara ini akan terus komited menyokong agenda transformasi digital Malaysia menerusi kerjasama strategik bersama MCMC.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img