Warga emas parah ditikam anak perempuannya dengan alat pembuka tin

POLIS menahan seorang wanita yang mempunyai kesihatan mental selepas dia menikam ibunya berusia 80-an dengan alat pembuka tin dalam pergaduan di sebuah rumah di Kampung Segineh Inas, Johol, Kuala Pilah malam tadi.

Dalam satu kenyataan,  Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Mustafah Hussin, berkata mangsa yang berusia 80-an itu berada dalam keadaan stabil dan dirawat di Hospital Rembau

” Pada jam 7.08 malam tadi, polis terima maklumat orang awam memaklumkan satu kes pergaduhan di sebuah rumah. Suspek dikatakan menikam leher ibunya sendiri menggunakan senjata tajam yang dipercayai alat pembuka tin. Suspek, wanita berumur 50-an yang juga anak kandung mangsa.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kemungkinan suspek mempunyai masalah kesihatan mental. Dia kini ditahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya kenyataan, hari ini.

Beliau meminta  orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah di talian 06-4842999.

.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img