BN-PN menang,PH tumbang, Aminuddin,Anthony kecundang

GELOMBANG Melayu Islam meranapkan penguasaan Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Negeri Sembilan apabila Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini dengan menguasai 24 kerusi daripada 36 kerusi DUN.

Akibat gelombang itu juga ia menyaksikan Datuk Seri Aminuddin Harun tersungkur di DUN Linggi apabila tewas kepada Calon BN, Datuk Mohd Faizal Ramli.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memperolehi hanya 5,881 undi berbanding Mohd Faizal yang menang dengan majoriti 2,546 undi selepas mendapat 8,407 undi.

Turut kecundang Setiausaha Agung DAP Anthony Loke yang kalah di Chennah kepada Calon BN, Siow Kong Choon (John).

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan BN memperolehi cukup kerusi untuk menubuhkan kerajaan dengan majoriti 2/3 .

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img