Bomba bantu tangkap lembu korban terlepas

SEEKOR lembu korban terlepas dari ikatan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baru di Bintulu petang semalam menyebabkan pasukan bomba dan penyelamat terpaksa dipanggil untuk membantu menangkap haiwan itu.

Kejadian kira-kira jam 6.40 petang itu mencetuskan kebimbangan kerana haiwan tersebut membahayakan orang ramai terutama pengguna kenderaan sekiranya ia lari ke jalan raya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.45 petang.

Beliau berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bergegas ke lokasi yang terletak 15 kilometer dari balai sejurus menerima panggilan itu.

“Setibanya di lokasi pada jam 7 malam, didapati seekor lembu korban yang terlepas seperti dilaporkan pemanggil.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) terpaksa bergelut seketika sebelum berjaya menangkap lembu berkenaan menggunakan jerat tali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi menangkap haiwan itu bermula pada jam 7.01 malam dan berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 7.42 malam.

“Lembu terbabit akhirnya berjaya ditangkap dalam keadaan selamat sebelum diserahkan semula kepada pemiliknya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img