YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini.
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Dalam hantaran berasingan, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong turut berkenan santap bersama keluarga serta cucunda sempena Aidiladha.
Seri Paduka Baginda berdua menikmati santapan di Istana Bukit Serene.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Ismail dan Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.
Turut berangkat, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Sultan Ibrahim, Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim, serta Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan suami, Dennis Muhammad Abdullah.


