BRN sabotaj ekonomi Selatan Thailand

BARU-baru ini Pemerintah Thailand melalui Pusat Pentadbiran Wilayah Selatan Thailand (SBPC)  menyerahkan pampasan sebanyak 650,000 baht (kira-kira RM84,500) kepada salah seorang daripada dua rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden letupan bom di Tak Bai pada 29 Jun lalu.

Pampasan itu disampaikan oleh Gabenor Narathiwat Bunchuay Homyamyen kepada Muhammad Yusri Udin di Pejabat Kastam Sungai Golok, Narathiwat.

Melalui Facebook Pusat Pentadbiran Wilayah Selatan Thailand (SBPC), pusat itu memaklumkan, pampasan tersebut berikutan kerosakan yang dialami oleh kenderaan Muhammad Yusri.

‘’Pemberian pampasan itu adalah keputusan Jawatankuasa Penilaian Kerosakan Harta Wilayah Narathiwat, ‘’ kata pusat tersebut.

Pampasan tersebut bukanlah bermaksud apa yang berlaku adalah disebabkan oleh pihak keselamatan Thailand sebaliknya ia adalah angkara puak pemisah Barisan Revolusi Nasional (BRN).

Kejadian letupan bom di Mukim Phrai Wan,Tak Bai, Narathiwat itu benar-benar mengejutkan kerana wilayah Selatan Thailand merupakan destinasi pelancongan kepada rakyat Malaysia.

Walaupun  Sasaran serangan bukan kepada rakyat Malaysia tetapi terhadap sekumpulan anggota RELA namun ia mencetuskan kebimbangann.

Tindakan ganas BRN tersebut sekaligus akan menyebabkan industri pelancongan Thailand khususnya di selatan akan terjejas.

Perlu diingat  sehingga Jun 2026 (berdasarkan data rasmi sehingga 20 Jun 2026), kira-kira 1,992,324 rakyat Malaysia telah melancong ke Thailand. Malaysia merupakan pasaran pelancong kedua terbesar ke Thailand selepas China.

Oleh itu apa yang dilakukan oleh BRN adalah satu tindakan sabotaj kepada ekonomi wilayah Selatan Thailand dan pengkhianatan kepada penduduk-penduduk Islam. Ia kerana dengan kemasukan pelancong Malaysia ia bukan sahaja memberi pendapatan kepada Thailand tetapi juga membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi wilayh tersebut.

Namun BRN tidak peduli semua itu. Apa yang mereka mahukan ialah meneruskan perjuangan songsang kononnya hendak memerdekakan Pattani dan membebaskan umat Islam di wilayah selatan daripada penindasan.

Tetapi faktanya yang sedang menghancurkan masa depan penduduk Islam ialah BRN, yang sedang memusnahkan ekonomi Selatan Thailand adalah BRN dan yang sedang menghuru-harakan wilayah itu adalah BRN.

Oleh itu adalah sesuatu yang cukup jahil jika sesiapa mempercayai bahawa BRN mahu membela penduduk Islam dan menyelamatkan Selatan Thailand daripada cengkaman Pemerintah Thailand. Wilayah itu bukan dijajah tetapi ia adalah hak mutlak Thailand.

Kalau betul mereka mahu memajukan wilayah tersebut dan membela nasib penduduk Islam, mereka tidak akan melakukan ‘kerja gila’ dengan melakukan serangan bom, merosakkan segala infrastruktur dan membunuh orang awam sesuka hati…hinggakan ibu yang sedang mengendong bayinya pun mati ditembak oleh puak pemisah BRN.

Sepatutnya apa yang perlu dilakukan oleh BRN ialah menjadikan proses rundingan damai sebagai platform untuk membuat apa-apa juga tuntutan. Kalau tuntutan itu munasabah sudah pasti ia akan dipenuhi oleh Pemerintah Thailand.

Tetapi BRN hanya menjadikan proses rundingan bagaikan tempat mereka bersantai. Datang ke hotel lima bintang, diberi layanan VIP, kemudian pulang dengan tangan kosong. Mereka tidak bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan konflik di Selatan Thailand.

Keadaan itu berbeza dengan Pemerintah Thailand yang dilihat komited dan bersungguh-sungguh untuk menjadikan proses rundingan damai sebagai medan merangka misi bagi membangunkan dan mensejahterakan wilayah berkenaan.

Parti manapun  yang menjadi kerajaan dan siapapun Perdana Menteri, komitmen Thailand terhadap wilayah selatan tidak berubah. Namun semua itu tidak dihargai oleh BRN. Akibatnya konflik yang berlaku tiada kesudahannya dan paling malang yang menjadi mangsa ialah penduduk-penduduk Islam yang tidak berdosa.

Kejadian terbaru di Tak Bai itu membuktikan, keganasan BRN tidak ada batasnya dan mereka langsung tidak memikirkan kesannya kepada Selatan Thailand. Tindakan yang mereka lakukan akan menyebabkan rakyat Malaysia bimbang ke wilayah itu.

Keadaan itu akan merugikan penduduk Islam kerana selama ini dengan kehadiran pelancong ia bukan sahaja akan membangunkan ekonomi tetapi juga memberi pendapatan kepada kerajaan. Hasilnya kemudian digunakan untuk melaksanakan pelbagai projek bagi kesejahteraan penduduk.

Tetapi malangnya BRN tidak fikir semua itu. Mereka sanggup melakukan apa sahaja keganasan sehingga kedamaian di wilayah itu terus tergugat. Apa yang berlaku menimbulkan persoalan apakah misi sebenar BRN? Apakah mereka sememangnya mahu membawa kesejahteraan ke Selatan Thailand atau mahu menghancurkannya?



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img