2.7 juta pengundi Johor tentukan nasib 172 calon di 56 kerusi DUN hari ini

HARI ini kira-kira 2.703 juta rakyat Johor akan menentukan nasib 172 calon – 138 calon lelaki, 34 calon wanita- yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu.

Mereka juga akan menentukan parti mana yang berhak memerintah negeri tersebut. Apakah mengekalkan pemerintahan  Barisan Nasional (BN) atau memberi mandat kepada Pakatan Harapan (PH)?

Selain itu mereka juga akan menentukan nasib parti dan gabungan lain yang turut serta dalam pilihan raya tersebut iaitu Perikatan Nasional (PN), Bersama, MUDA, PSM, Parti Orang Asli Malaysia dan enam calon Bebas.

BN yang diketuai oleh Datuk Onn Hafiz Ghazi bertanding di kesemua 56 kerusi dengan UMNO bertarung di 37 kerusi, MCA (15) dan MIC (4). Di kerusi-kerusi tersebut mereka akan dicabar atau mencabar PH.

PH yang  turun ke gelanggang dengan laungan ‘Johor Untuk Semua’ akan diwakili oleh PKR di 20 kerusi, Amanah (19) dan DAP (17).

PN pula hanya bertanding di 33 kerusi iaitu Pas (11), Bersatu (16), MIPP (5) dan Pejuang (1).

Turut memeriahkan pesta demokrasi itu ialah Bersama yang bertanding di 15 kerusi, MUDA (4 kerusi), PSM dan Parti Orang Asli Malaysia masing-masing 1 kerusi manakala calon BEBAS (6 orang)

PRN itu menyaksikan 37 orang calon bertanding mempertahan kerusi yang mereka sandang. Lim Chin Eng (PN)  berusia 73 tahun menjadi calon paling tua dan akan mencuba nasib di DUN Stulang dan Danish Hasswan Ab Rahman (PH) berusia 23 tahun (PH) merupakan calon paling muda dan akan bertarung di Johor Lama.

Sebanyak 14 kerusi menyaksikan pertembungan satu lawan satu yang melibatkan BN dan PH, tiga penjuru (27 kerusi), empat penjuru (12 kerusi) dan lima penjuru (3 kerusi).

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan 70 peratus daripada lebih 2.7 juta pengundi, keluar mengundi pada hari ini yang menyaksikan proses undian dilaksanakan di 1,076 pusat mengundi, dengan 4,889 saluran mengundi.

Seramai 43,036 petugas SPR akan ditugaskan sepanjang hari mengundi, dan 24,677 kertas undi pos, telah dikeluarkan.

Pusat mengundi di Pulau Besar, akan ditutup paling awal, iaitu jam 11 pagi, diikuti Pulau Aur dan Pemanggil, 12.30 tengahari. Sebanyak 17 pusat mengundi akan ditutup pada jam 2 petang, manakala 42 pusat mengundi ditutup jam 4 petang. Sementara itu sebanyak 1,114 pusat mengundi pula, akan ditutup jam 6 petang.

Penutupan awal, khusus di pulau-pulau, dapat memastikan peti-peti undi, tiba di pusat penjumlahan undi, mengikut waktu.

Pada 7 Julai lalu, proses pengundian awal dijalankan melibatkan 12,041 anggota tentera dan pasangan selain 12,710 anggota polis dan pasangan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img