Cemburu dipercayai jadi punca pelajar kolej dibunuh dengan 61 tikaman – Ketua Polis Kelantan

CEMBURU dipercayai menjadi punca pembunuhan seorang pelajar kolej berusia 19 tahun, yang mayatnya ditemui dengan 61 kesan tikaman di Ketereh, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, suspek yang juga merupakan teman lelakinya berusia 19 tahun, mendakwa mangsa menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.

“Polis percaya cemburu adalah motif pembunuhan mangsa, siasatan awal menunjukkan berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek yang membawa kepada kematiannya. Dia dipercayai ditikam ketika berada di dalam kereta suspek.

“Dengan penangkapan suspek utama ini, polis percaya kes pembunuhan itu telah selesai,” katanya lapor New Straits Times.

Mohd Yusoff berkata, seorang lagi remaja yang ditahan dalam kes berkenaan adalah rakan mangsa.

“Dua lagi individu, seorang lelaki berusia 66 tahun dan seorang wanita berusia 60 tahun adalah ibu bapa kepada suspek utama, ditahan untuk membantu siasatan,” jelasnya.

Sebelum itu Bernama melaporkan, Mohd Yusoff berkata polis merampas sebilah pisau beserta dua buah kereta, dua telefon bimbit, satu set pakaian, sepasang selipar dan empat unit pelapik kaki dan kes berkenaan.

Katanya, polis menahan kesemua suspek  hasil serbuan polis bermula 4.40 petang semalam hingga 2.30 pagi tadi di lokasi berasingan iaitu di Taman Murni, Jalan Abdul Kadir Adabi dan Kampung Belukar Luas, Ketereh.

“Kesemua tangkapan didapati tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing menunjukkan kesemuanya negatif dadah,” katanya lapor Bernama.

Katanya, permohonan reman ke atas suspek dibuat di Mahkamah Kota Bharu dan siasatan lanjut masih diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat mangsa pada 12.35 tengah malam kelmarin.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II, di Kota Bharu untuk tindakan lanjut.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan pada 9.30 pagi semalam mendapati, punca kematian mangsa adalah akibat kecederaan tikaman berganda di bahagian dada,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img