Cemburu jadi motif wanita ditikam, suspek ada rekod jenayah cederakan teman

CEMBURU  dan cinta tidak dibalas dipercayai menjadi motif seorang lelaki menikam leher seorang wanita di dalam kereta di Alor Setar malam tadi,

Ketua Polis Kedah Datuk  Adzli Abu Shah  berkata, pihaknya masih menyiasat secara terperinci bagi mengenal pasti motif utama kejadian.

Beliau berkata,  mangsa berusia 35 tahun merupakan seorang ibu tunggal, manakala suspek berusia 32 tahun ialah seorang duda, dan mereka saling mengenali lebih setahun kerana bekerja dalam bidang hartanah.

.Adzli berkata, polis pada mulanya menerima panggilan memaklumkan kejadian pergaduhan di depan restoran tersebut pada 9.24 malam tadi.

“Kejadian dipercayai berlaku dengan pantas kerana mereka baru sampai di restoran berkenaan dan kedua-duanya belum turun dari kereta.

“Beberapa minit kemudian, suspek keluar dari kereta milik mangsa dan terus melarikan diri ke kawasan bendang berhampiran,” katanya pada sidang media di IPK Kedah, hari ini, lapor Bernama.

Adzli berkata, tindakan pantas mangsa menekan hon kereta berjaya menarik perhatian orang ramai yang berada di restoran itu dan dia diberi rawatan awal bagi menghentikan pendarahan.

Beliau berkata, tikaman dipercayai menembusi leher mangsa dari sebelah kiri hingga kanan, manakala senjata tajam yang digunakan dipercayai sama ada pemecah ais, pemutar skru atau pisau Rambo.

Beliau berkata, mangsa kini dalam keadaan stabil dan pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut daripada mangsa serta beberapa saksi lain bagi membantu siasatan.

Menurut Adzli, suspek berjaya ditahan ketika bersembunyi di sebuah rumah ibadat di Taman Uda, kira-kira 6km dari dari lokasi kejadian.

Siasatan polis mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah kepada teman wanitanya beberapa tahun lepas.

“Hasil saringan urin mendapati suspek negatif terhadap sebarang bahan terlarang dan dia direman selama tujuh hari hingga 24 Mei bagi membantu siasatan,” kata Adzli menambah, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img