DBKL perketat penguatkuasaan di Bazar Syawal Masjid India

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan ke atas aktiviti perniagaan di Bazar Syawal Lorong Tuanku Abdul Rahman, Masjid India pada 28 Februari lalu bagi memastikan pematuhan syarat lesen.

DBKL menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan pelbagai tindakan penguatkuasaan tegas diambil terhadap penjaja di bazar berkenaan.

“Antaranya pengeluaran notis kompaun, pembatalan lesen serta tindakan sita dan pindah halang.

“Ini termasuk terhadap peniaga yang melanggar syarat lesen seperti pembabitan warga asing, menjual tapak niaga (lesen Ali Baba), menghalang laluan awam serta kesalahan lain di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, DBKL turut melaksanakan kawalan lalu lintas di sekitar kawasan Masjid India menerusi pasukan Warden Trafik dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia bagi memastikan aliran trafik lancar.

Pemantauan turut disertai Jabatan Imigresen Malaysia yang menjalankan pemeriksaan terhadap penglibatan warga asing dalam aktiviti perniagaan serta kesalahan lain.

DBKL menegaskan pemantauan akan diteruskan sepanjang Ramadan bagi memastikan operasi Bazar Syawal di Kuala Lumpur kekal teratur dan terkawal.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img