Dijangka tanding lapan kerusi, turut lawan PN di Bemban?

HALA tuju politik Bersatu semakin tidak keruan selepas dikatakan akan bertanding lapan kerusi  Dewan Undangan Negeri (DUN pada Pilihan Raya Negeri (Melaka) yang bakal menyaksikan mereka bukan sahaja akan bertembung dengan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Bersama tetapi juga dengan calon Perikatan Nasional (PN) di Bemban.

Menurut laporan FMT, sumber memberitahu apan kerusi itu ialah Kelebang, Lendu, Gadek, Sungai Udang, Pantai Kundor, Pengkalan Batu, Ayer Keroh dan Bemban.

Jika keputusan bertanding di lapan kawasan berkenaan kekal, ia bermakna Bersatu akan bertembung dengan PH,BN dan Bersama di Kelebang, Gadek dan Pengkalan Batu  melawan BN di Lendu, Sungai Udang dan Pantai Kundor, melawan PH,PN dan Bersama di Ayer Keroh serta ‘paling trajis’ melawan PN dan Bersama di Bemban.

Jika keputusan itu kekal ia bermakna Bersatu bukan  sahaja menafikan segala spekulasi akan menjalin kerjasama dengan PH malah turut menentang PN secara terbuka walaupun Bersatu bertegas mereka adalah anggota komponen PN.

Menurut sumber itu lagi, Timbalan Ketua Bersatu Melaka Mohamad Ali Mohamad dijangka diletakkan sebagai calon di Kelebang susulan desakan akar umbi.

“Setakat ini, Bersatu dijangka bertanding di lapan DUN. Kerusi Kelebang dijangka ditandingi Mohamad Ali berikutan desakan akar umbi memandangkan beliau anak tempatan di sana,” katanya.

Setakat ini BN sudah mengesahkan bertanding 21 kerusi daripada 28 kerusi selepas membuat keputusan menjalinkan kerjasama dengan Pas dan rakan-rakan strategiknya Wawasan, Gerakan dan MIPP.

Manakala PH pula turut mengumumkan bertanding 21 kerusi sehingga mewujudkan spekulasi bahawa pakatan itu akan bekerjasama dengan Bersatu.

Bagaimanapun jangkaan Bersatu akan bertanding lapan kerusi tersebut masih belum rasmi memandangkan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan calon-calon parti itu malam esok.

Berdasarkan pengalaman PRN Negeri Sembilan sebelum ini, senarai calon Bersatu berubah pada saat-saat akhir.

Apapun persoalannya, bukan soal menang tetapi soal adakah Bersatu mampu  memastikan semuanya  calon di PRN Melaka tidak megalami nasib calon-calon parti itu di Negeri Sembilan yang bukan sahaja kalah malah hilang deposit termasuk pemimpin kanannya yang juga Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here