Diketepikan dalam BN bukan perkara baru tapi MCA terus kekal jadi komponen

PENGANALISIS Politik, Daniel Teoh Tzu Yong berkata, dakwaan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong bahawa MCA diketepikan dalam rundingan bukanlah perkara baharu.

Hakikatnya kata beliau, MCA pernah berdepan situasi sama sebelum ini, antaranya ketika pembentukan Kerajaan Perpaduan dan penyertaan UMNO dalam gabungan berkenaan.

Daniel Teoh Tzu Yong

”Bagaimanapun, hubungan UMNO dan MCA masih kekal dalam kerangka BN. Ini merupakan realiti politik yang perlu dihadapi MCA kerana parti itu tidak mempunyai banyak pilihan. Jika mahu kekal dalam BN, MCA terpaksa akur dengan keputusan UMNO.

”Setakat ini, saya tidak melihat kesungguhan daripada pihak MCA untuk keluar daripada BN. Sebaliknya, parti itu dilihat lebih cenderung untuk terus kekal dalam gabungan berkenaan,” katanya kepada utusanmelayuplus.

Berhubung peluang BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Daniel berkata, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memberi isyarat jelas bahawa BN, khususnya UMNO, meletakkan harapan kepada kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) untuk mempertahankan kerusi yang ditandingi.

”Jika itu strategi yang digunakan, saya melihat peluang BN untuk kekal sebagai kerajaan negeri masih cerah berdasarkan pembahagian kerusi yang diumumkan. Ini kerana PN lebih banyak berdepan dengan Pakatan Harapan (PH), manakala BN kekal bertanding di kerusi masing-masing,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here