SPRM kesan Jamaluddin bantu siasatan kes di Sabah

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki berusia 24 tahun bagi membantu siasatan kes di Sabah.

Lelaki berkenaan, Jamaluddin Jamahali disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Menurut SPRM dalam satu kenyataan, usaha menghubungi dan mengesan individu itu di alamat terakhirnya di Kampung Keramat, 91300 Semporna, Sabah, bagaimanapun tidak berhasil.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali Jamaluddin atau mempunyai maklumat mengenai keberadaannya diminta membantu dengan menghubungi pegawai penyiasat, Abu Hudzaifah Abd Talib di talian 014-857 3727 atau e-mel hudzaifah@sprm.gov.my.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here