Dua anggota penguat kuasa KPDN Selangor cedera ketika sertai Ops Tiris 4.0

DUA anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor cedera ketika menjalankan tugas dalam Ops Tiris 4.0 bagi membanteras penyelewengan barang kawalan bersubsidi gas petroleum cecair (LPG) melalui aktiviti decanting.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, Penolong Pegawai Penguat Kuasa Mohammad Fauzi Baharuddin mengalami kecederaan agak serius dan masih menerima rawatan.

DATUK Armizan Mohd Ali. GAMBAR fail

Menurut beliau, Pembantu Penguat Kuasa R Yoghanath pula mengalami kecederaan ringan dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan.

“Doa saya bersama Mohammad Fauzi agar diberikan kesembuhan sepenuhnya dan kekuatan untuk melalui proses rawatan.

“Kepada keluarga beliau, saya memahami keresahan dan kebimbangan yang sedang dilalui ketika ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Armizan juga berharap agar kedua-duanya diberikan kekuatan dan ketabahan.

“Kepada Yoghanath, semoga terus diberikan kesihatan yang baik dan kembali pulih seperti sediakala,” katanya menerusi hantaran itu.

Beliau turut menzahirkan dukacita serta simpati dengan insiden itu, dan berkata kejadian berkenaan menggambarkan risiko sebenar yang dihadapi warga penguat kuasa KPDN setiap kali menjalankan tugas di lapangan.

“Di sebalik setiap serbuan dan operasi yang dilaksanakan, ada anggota yang meninggalkan keluarga untuk menjalankan amanah, berhadapan dengan keadaan yang tidak dapat dijangka dan dalam keadaan tertentu, mempertaruhkan keselamatan diri demi melindungi kepentingan rakyat dan negara.

“Kepada seluruh warga penguat kuasa KPDN, terima kasih atas keberanian dan pengorbanan kalian,” katanya yang turut mendoakan keselamatan seluruh warga KPDN yang menjalankan tugas.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here