Dua beradik lemas Sungai Jeram selamat dikebumikan dalam satu liang lahad

SUASANA pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Jeram, Manir, Kuala Nerus apabila dua beradik yang maut dalam tragedi lemas di Sungai Jeram selamat dikebumikan dalam satu liang lahad, petang tadi.

Jenazah dua beradik yang maut dalam tragedi lemas di Sungai Jeram selamat dikebumikan dalam satu liang lahad, petang tadi. 

Jenazah Nur Afiqah Shahirah Mohd Shawalludin, 15, dan adiknya, Nur Shahila Shahirah Azman, 12, disemadikan kira-kira jam 3 petang dalam suasana hiba yang dihadiri ahli keluarga, kenalan dan penduduk kampung.

Terdahulu, kedua-dua jenazah dibawa dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA), Kuala Nerus selepas selesai bedah siasat awal pagi tadi.

Jenazah Nur Afiqah Shahirah yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Abdul Rahman Limbong tiba di Surau Saidina Umar Pasar Jeram kira-kira jam 10.58 pagi untuk disolatkan.

Kira-kira 20 minit kemudian, jenazah adiknya yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Peradong turut dibawa ke surau sama bagi urusan penghormatan terakhir.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang semalam, empat sahabat dipercayai mandi di Sungai Jeram sebelum seorang daripada mereka hampir lemas.

Dua beradik terbabit kemudian dikatakan cuba membantu rakannya namun dihanyutkan arus deras.

Bagaimanapun, dua lagi mangsa, Nurul Ain Fatihah Mohd Zamri, 12, dan Noor Shaqira Abdul Fatah, 12, berjaya diselamatkan orang awam.

Mayat kedua-dua mangsa ditemukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) kira-kira jam 6 petang di dasar sungai sedalam tujuh meter dan kira-kira 50 meter dari tebing sungai.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img