Dua beradik perempuan maut dalam kebakaran dua rumah

DUA beradik perempuan masing-masing berusia 15 dan 18 tahun maut dalam kebakaran yang memusnahkan dua rumah dua tingkat bersebelahan di Kampung Koh, Sitiawan, hari ini.

Kedua-dua mangsa dipercayai terperangkap di dalam rumah ketika kebakaran berlaku.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.01 pagi sebelum jentera tiba di lokasi sembilan minit kemudian.

“Kebakaran itu turut memusnahkan dua kereta Proton Saga, sebuah Proton Perdana dan sebuah motosikal.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan dan Seri Manjung dikerahkan ke lokasi dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela Pantai Remis,” katanya.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.30 pagi, manakala operasi pemadaman dan pemeriksaan lanjut masih dijalankan.

Katanya, pihak bomba turut menghubungi unit khas K9 bagi membantu siasatan.

Punca kebakaran masih disiasat, manakala mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here