Dua beranak maut terperangkap rumah terbakar

DUA beranak maut selepas terperangkap dalam kebakaran rumah dua tingkat berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal, Kuala Nerus, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.49 pagi itu, mangsa membabitkan seorang lelaki dewasa dan kanak-kanak lelaki, manakala seorang wanita dewasa berjaya menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus, Azmi Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.49 pagi sebelum jentera tiba di lokasi kira-kira sembilan minit kemudian.

“Setibanya di lokasi pada jam 2.58 pagi, didapati sebuah rumah jenis separuh kekal dua tingkat berkeluasan kira-kira 40 x 50 kaki terbakar 70 peratus.

“Maklumat awal mendapati terdapat dua mangsa terperangkap di dalam rumah iaitu seorang lelaki dewasa dan kanak-kanak lelaki, manakala seorang mangsa wanita dewasa berjaya keluar menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, operasi pemadaman dan usaha menyelamat mangsa dijalankan anggota BBP Kuala Nerus dengan bantuan BBP Kuala Terengganu.

Seramai 16 anggota terbabit dalam operasi berkenaan membabitkan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Compact Fire Rescue Tender (CFRT) dan sebuah Water Tanker.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here