Dua lelaki ditahan bantu siasatan ibu tunggal dibunuh di Sungai Dua

POLIS menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang wanita yang ditemukan mati, dipercayai dibunuh di kediamannya di tingkat satu Flat Sri Murni, Sungai Dua, Butterworth semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata kedua-dua lelaki itu ditahan beberapa jam selepas kejadian di sekitar daerah itu.

“Kedua-dua suspek direman hari ini bagi membantu siasatan kes itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata polis masih menunggu laporan bedah siasat mangsa yang dijalankan di Hospital Kepala Batas hari ini dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam, media melaporkan mangsa berusia 41 tahun ditemukan dalam keadaan terbaring di atas katil di sebuah bilik dalam rumah berkenaan dengan kesan kelar pada lehernya

Difahamkan, kejadian itu dimaklumkan kepada pihak polis oleh jiran pada 1.40 tengah hari selepas mangsa, yang juga seorang ibu tunggal tidak memberi sebarang respons meskipun pintu rumahnya didapati terbuka manakala pagar jeriji berkunci.

Mangsa dikatakan mengambil upah menghantar beberapa pelajar yang tinggal di flat berkenaan ke sekolah dan menetap di rumah itu bersama anak lelakinya yang berusia 15 tahun.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img